Happy Teachers’ Day
Semasa saya menulis post kali ini, tinggal beberapa minit lagi nak habis hari guru bagi tahun 2012. Hari ini banyak perkara perlu diselesaikan tetapi hati tenang dan sentiasa senyum haishhh
, saya sendiri pun tidak tahu kenapa boleh jadi macam ini hahaha hati senang, berdebar pun ada. Terlalu banyak peluang dan rezeki yang masuk. Harga emas pun tengah rendah sekarang ini.
Solat Di Awal Waktu
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?…
Tip Gembira Selalu
Sekarang ini macam susah betul nak menge”post” sesuatu. Sekarang ini cakap kena fikir sampai masak tahap gaban. Kalau tidak nanti, jadi masalah
Macam mana saya boleh harungi ini semua dengan gembira dan cool. Nampak je cool, tetapi kalau nak cerita masalah yang kena hadapi boleh menagis orang yang mendengarnya hahaha bukan saya yang menagis, orang yang dengar boleh menagis kih3
Bersyukur
Dah berapa hari nak tulis blog ni tetapi liat sangat, dah tulis tajuk tapi baru berapa baris dah tutup hehe Semalam tengah tidur hahaha nak cerita ni. Tiba-tiba dibawah separuh sedar, terasa “eh,aku ni manusia ek. Apa yang aku harus lakukan sebagai manusia, beratnya tanggungjawab aku” hahaha lepas tu tidur semula. Lepas tu, dalam mimpi terbayang semua wajah-wajah yang pernah ada dalam hidup saya, ahli keluarga, kawan-kawan dan semua oranglah.
Orang Terkaya Didunia
Kita adalah Sebelum Ini
Masa.. masa penentu segalanya, sebab itu kehidupan ini perlu banyak sabar. Sabar ini bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ini banyak membantu dalam banyak perkara. Apa yang kita pada hari ini adalah kita sebelum ini.
Dulu saya daripada kecik memang nak sangat jadi seorang usahawan atau minda pelabur yang sangat menebal dalam diri. Budak lain berfikir lain tetapi saya berfikir lain ahahaha sentiasa berfikir macam mana nak beranakkan duit sentiasa berkembang.
Permudahkan Proses Penarikan Rezeki
Rezeki adalah daripada Allah. Sesiapa sahaja boleh murah rezeki jika dia mahu untuk mencari rezeki itu. Bekerja, mencari ilmu, dan pelbagai lagi mampu menarik semua pintu-pintu rezeki. Semua itu memerlukan masa yang menentukan segalanya tetapi ada teknik untuk cepat lagi rezeki itu.
Saya cerita serba sedikit tentang rezeki saya.
Rahsia Usahawan Berjaya
1. Komitmen
Komitmen ini perlu untuk lebih berjaya agar tidak membuang masa untuk berjaya. Walau apa pun bidang jika tiada komitmen maka hancur segala apa yang anda lakukan. Jangan hari ini buat dan esok tidak lakukannya, ianya akan sentiasa dalam landasan iaitu “gagal”. Biar pun kerja yang banyak, lakukan sedikit demi sedikit asalkan melakukannya hari-hari.
Kuasa Sedekah
Allah Ta’ala berfirman: “Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)
Jika itu Ketentuan…..
Semakin hari, semakin meningkat daya tarikan dan kuasa magnetiknya hehe Ianya seperti tengah mengantuk dan disorongkan bantal. Perasaan dan doa menjadi amalan setiap masa agar mendapat pertolongan daripadaNya kerana ini merupakan satu keputusan yang melibatkan seumur hidup bagi mencari kunci syurga.


























Twitter
Facebook
Flickr
Google
Youtube